Monday, December 30, 2013
Best 2013
Alor Setar Aman Makmur.
Ni gambar masa aku jalan-jalan di Kuala Kedah. Satu rumah di tengah bendang. Memang cantik pemandangan kat situ. Sekarang motor aku dah kena pos kat Pahang. Jadi, dah tak boleh nak jalan-jalan macam dulu.
Lepas ni aku akan berpindah ke Kangar pulak. Tak tau la life kat sana macam mana.
So, ni entry terakhir untuk 2013.
Apa yang aku belajar dalam 2013:
1. Aku tak suka letak watermark kat gambar yang aku hasilkan.
2. Kawan - kawan penting. Tapi bila kau dah mula hidup baru seperti dah kahwin contohnya, kau akan mula tinggalkan diorang.
3. Aku suka makan aiskrim. Bukan burger.
4. Aku belajar perasaan sayang dan cinta adalah perkara yang berbeza. Dulu aku ingat benda ni sama je.
5. Profesyen aku ni sebenarnya aku dah minat dari dulu. Cuma ego aku tinggi taknak mengaku.
6. Kalau kita setia, dah rosak, dah punah macam mana pun mesti boleh bertahan lagi. Phone aku misalnya. Sim card tak boleh detect, Button sound dah tak function, Skrin dah retak. Tapi aku sayang dia dan still can work.
7. Murah tak semestinya tak berkualiti. Cara kita manfaatkan benda murah tu yang penting.
8. Jangan sombong dengan orang. Jangan berkira dengan orang, nanti orang berkira balik dengan kau.
9. Penipu dan Pengampu. Sifat manusia yang aku benci.
10. Dont expect too much. You will hurt.
Saying goodbye is not a shit. Its a gift for you to find the best of you.
Tuesday, December 24, 2013
Upset
“I'm not upset that you lied to me, I'm upset that from now on I can't believe you.”
Sekali dia menipu, selamanya dia akan menipu.
Mula-mula kenal pun dia dah menipu.
Tapi aku masih percaya pada dia sebab dia percaya pada aku.
Sebab dia ceritakan rahsia dia yang tebesar pada aku.
Hari ni dia ulang lagi.
Aku tau dia menipu.
Aku biarkan dulu.
Cuma nak tunggu pengakuan dia.
Tapi aku rasa macam sia-sia aku tunggu.
Aku rindu dia yang dulu. Dia yang menipu untuk kebaikan kami.
Bukan menipu untuk kebaikan dia sendiri.
Monday, December 23, 2013
Give Up
Jangan dicari cinta itu. Merana diri bukan dia.
"Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta"
~Usman Awang
"Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta"
~Usman Awang
Sunday, December 15, 2013
Cinta Dan Sayang
Sejujurnya aku memang sayangkan dia. Cinta? Aku pun tak tau sama ada aku cintakan dia atau tak. Orang kata rasa cinta datang tanpa kita sedar. Dan orang kata cinta dan sayang tu berbeza. Dia pun sama.
Yang penting aku selesa dengan dia. Kalau betul dia tak boleh nak cinta aku, sayang pun cukup. Tak perlu memaksa dalam perhubungan. Dan aku memang tak suka memaksa sebab aku sendiri tak suka dipaksa.
Kalau memang dia bukan jodoh aku terima je la. Takkan la nak paksa orang tu suka kat kita. Tak malu ke?
As for me. I love you just the way you are.
*gambar sekadar hiasan.
Saturday, November 2, 2013
Thursday, October 10, 2013
Pandanglah Langit
Ada dua hal yang mesti kita ingat. Kebaikan orang lain
pada diri kita. Dan keburukan diri kita pada orang lain.
Tapi ada dua
hal juga yang mesti kita lupakan. Kebaikan diri kita pada orang lain
dan keburukan orang lain pada diri kita
Allah telah berfirman: “Sesungguhnya, Aku ciptakan langit dan
bumi ini, wahai manusia, buat kamu untuk berfikir, untuk menelaah
bagaimana kamu menjalani hidup ini”.
pada diri kita. Dan keburukan diri kita pada orang lain.
Tapi ada dua
hal juga yang mesti kita lupakan. Kebaikan diri kita pada orang lain
dan keburukan orang lain pada diri kita
Allah telah berfirman: “Sesungguhnya, Aku ciptakan langit dan
bumi ini, wahai manusia, buat kamu untuk berfikir, untuk menelaah
bagaimana kamu menjalani hidup ini”.
Saturday, October 5, 2013
Aku Budak Kampung. Dan Aku Bangga.
Aku tak nak keturunan aku nanti hilang ketaksuban pada alam yang hanya memandang ikan keli sawah dalam google image search.
Biar mereka rasa sendiri ketaksuban menyentuh sendiri setiap titisan hujan yang turun bukan hanya melihat di balik tingkap.
Biar mereka rasa apa nikmatnya jatuh pokok jambu sebab nak ambil jambu yang masak ranum di hujung ranting.
Dan aku nak mereka nikmati kenyenyakan tidur di waktu malam dengan bunyi unggas, bukan dengan lagu putih-putih melati merah-merah delima.
Biar mereka rasa sendiri ketaksuban menyentuh sendiri setiap titisan hujan yang turun bukan hanya melihat di balik tingkap.
Biar mereka rasa apa nikmatnya jatuh pokok jambu sebab nak ambil jambu yang masak ranum di hujung ranting.
Dan aku nak mereka nikmati kenyenyakan tidur di waktu malam dengan bunyi unggas, bukan dengan lagu putih-putih melati merah-merah delima.
Keratong! Keratong!
Hari tu aku balik rumah sempena Aidilfitri. Sampai di Segamat aku terpaksa naik bas maraliner segamat - keratong. Dulu ada bas straight dari Segamat ke Chanis. Sekarang dah takde sebab sambutan kurang memberangsangkan. Orang kata sebab orang Felda sekarang masing-masing dah ada kereta sendiri. Naik bas keratong leceh sikit sebab kena turun dekat simpang luar Chanis. Kesian plak abah terpaksa ambik aku kat simpang. Kalau naik bas Chanis aku boleh jalan kaki jer balik rumah.
Kalau dulu-dulu, siapa yang turun bas lepas tu jalan kaki balik rumah sambil bawak beg galas, atau luggage kira macam hot gak la. Mak cik-mak cik yang begosip tiap petang atas pangkin bawah pokok rambutan akan nampak diorang dan akan menjadi topik perbualan makcik-makcik tersebut.
"Tu anak si Jamil kan. Dengar cerita dia ambik ijazah kat Pulau Pinang. Setahun sekali je balik kampung sebab nak jimat duit. Senang la si Jamil dengan Milah tu nanti anak dia kerja besar." Tu kalau yang positif. Kalau yang macam negatif sikit.
"Tu anak haji Romli kan. Amboi ketatnya baju. Ayah dia pak imam, anak macam tu sekali dengan rambut perangnya."
Kalau yang jenis mak dia melepak sekali kat situ, anak-anak yang baru balik ni pun singgah la kat pangkin tu dan kalau untung dapat la jamah pisang goreng dan teh o secawan.
Tapi budak sekarang rugi la sebab tak dapat rasa pergi bandar naik bas ramai- ramai. Masa dulu kalau sabtu mesti penuh budak-budak sekolah pegi Segamat. Yang ramainya pegi dating dengan senior, tak kurang jugak yang pegi Segamat sebab nak main snooker semata- mata. Kalau aku dengan GTC Crew, kitorang pegi Segamat sebab nak makan KFC. Tu je la tujuannya. Walau Segamat tu takde ape-ape, elok sikit la dibandingkan dengan bandar Muadzam Shah tu. Tapi dulu la. Muadzam Shah sekarang dah maju, dah ada banyak pasaraya.
Tapi ape la malang nasib aku hari tu. Dah la penat naik bas dari Alor Setar sampai Segamat dekat 12 jam, nak balik Chanis ni bas plak takde aircond. Bulan puasa memang kena banyak kesabaran. Rasa macam kembali ke zaman 1996 naik bas ni.
Thursday, September 26, 2013
Segenggam Tabah.
Petang tadi aku pergi jumpa Nina kat Hospital. Dia SMS aku semalam mintak tolong hantarkan sim card M30 yang dia beli kat Zaki. Nina kata Zaki macam busy sangat je tak boleh nak hantar. Aku pun setuju la sebab dah lama gak tak jumpa Nina.
Sampai kat HSB atau nama lainnya Hospital Sultanah Bahiyah, aku tunggu Nina kat kafe sebab kami janji nak jumpa kat situ. Aku sampai dalam pukul 5.45 petang. Tengah tunggu tu ada la senior aku tengah minum teh ais dan sorang lagi makan nasi. Lepastu, senior aku yang minum teh ais tu pi tarik kerusi duduk satu meja dengan JP atau jururawat pelatih pit biru. Maka member lagi satu tu makan nasik sendirianlah jadinya. Keadaan seorang diri senior yang makan nasik tu tak seperti lamanya aku bersendiri tunggu Nina. Mana la dia ni tak turun-turun lagi. Tabahkan aku Ya Allah.
10 minit.. 20 minit.. 30 minit... Tak sampai lagi budak ni. Dia memang dari zaman sekolah dulu memang suka buat aku tertungu- tunggu. Senior aku makin ramai yang join meja depan tu. Segan pulak rasa. Minit ke 35 baru Nina datang bersama sorang kawan dia. Nina dah pit merah. Terjeling-jeling senior aku tengok kitorang.
Lepas selesai urusan, aku terfikir. Ni kena mintak komisen kat Zaki sebab jadi despatch ni. Firstime aku mintak komisen. Sebelum ni aku terpaksa ikut cakap dia sebab dia ketua kelab. Dari kutip duit kelab sampai la jadi tukang buat pengumuman dalam kelas.
Masa pegi dan balik tadi banyak kali terserempak kereta dan motor polis. Kebanyakannya menuju ke Istana. Hari ni mantan menteri besar Kedah, Ustaz Azizan kembali bertemu Yang Maha Pencipta. Tuanku pergi melawat arwah. mungkin sebab tu kot banyak abam-abam polis tu kat jalanraya.
Apa-apapun Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Azizan. Aku pernah jumpa beliau sekali jer. Jumpa kat Giant. Seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan mudah didekati. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan ni. Al- Fatihah.
Ramai yang sembahyangkan jenazah beliau tadi.
Sunday, September 22, 2013
Proton Saga FLX
Kereta pertama yang aku pandu lepas
dapat lesen kereta ialah Proton Saga FLX. Kak Lin, kakak ipar aku punya. Haritu
aku posting kat Hospital Tampin, 2 minggu. Kebetulan minggu first aku posting,
adik Kak Lin nak kawin. Maka, Kak Lin dan abang aku, Abang Elol, kena la balik
kampung awal. Alah, bukan jauh pun, Air Kuning je. Dengan itu, Kak Lin bagi la
pinjam kereta dia untuk memudahkan aku ulang alik pergi kerja. 3 hari aku pegi
kerja drive kereta saorang diri. Rasa macam dah bekerjaya la pulak padahal
student lagi.
Lepas tu, nak dijadikan cerita,
kakak aku, Aisyah baru sahaja bersalin. Dia ada kat Hospital Muadzam Shah. Mak dengan
abah aku pulak masa tu balik kampung kat Sekinchan sebab nak pegi hantar
rombongan bertunang abang aku lagi sorang, Abang Nazri. Hujung minggu tu aku
plan nak balik kampung, tapi confirm la abang Elol tak bagi. Jauh la Sekinchan
tu.
Maka aku pun ambik keputusan untuk
balik ke Keratong. Dekat 3 bulan gak la aku tak balik Keratong. Kemudian, aku
plan nak ajak angah jam (adik mak aku merangkap mak sedara aku) nak pergi
Muadzam nak tengok kak Aisyah sebelum dia discharge dan sebelum dia nak balik rumah
mentua di Felda Chini. Dan bermulah perjalanan aku buat pertama kalinya drive
kereta sorang-sorang sejauh itu. Dari Tampin hingga ke Keratong. Keratong ke
Muadzam. Steady jer. Best gak drive Proton Saga ni.
Lepas tu aku mendapat kepercayaan
abang Elol, bila dia bagi pinjam kereta dia untuk pergi kenduri kawin Nadia, roommate
aku kat Melaka. Maka malam minggu terakhir kat Tampin tu aku dengan Wani,
classmate dan teammate yang sama-sama posting kat Tampin ni bergerak ke Melaka.
Nak gi Melaka Sentral dari Tampin
je tapi kitorang sesat sampai UITM Lendu. Wani yang aku suruh baca GPS sibuk
berwassap. Tapi aku nampak la dia bersungguh nak baca GPS tu. Rupanya dia tak
reti baca. Adoi wani ni. (Aku drebar, aku ikut je jalan yang aku lalu nih). Hehe...
Peace Wani. Dari Melaka Sentral kami konvoi dengan classmate yang lain. Tapi ada
satu perkara yang memalukan dah berlaku
malam tu. Haish, hanya kami yang tau. Sejak dari tu, kalau Kak Lin balik
keratong, aku akan jadi drebar dia untuk shopping sebab dia tak pandai bawak
kereta suami dia. Tapi Abang Elol dah tukar kereta baru. Memang tak la dia nak
bagi pinjam kereta baru dia tu.
Penah sekali aku bawak abah pegi
bank. Abah jeling aku dari seat sebelah. Ala abah, 110km/h je ni.
Ku Genggam Bara Menjadi Arang
Dulu masa belajar kat Kolej Matrikulasi
Selangor aku ada 4 orang kawan baik. Teah Johor, Teah KL, Bella dan Kem. Lepas matrik
aku dah tak berhubung dengan Teah JB dan Bella. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin
sebab ada isu yang berbangkit yang tak setel masa last sem kat matrik. Maaflah,
aku ni memang sedikit paranoid. Yang aku tau Bella sekarang sambung degree kat
Unimas, Teah JB sambung degree kat UTM, Skudai. Kat FB memang dah takde nampak batang
hidung diorang. Aku just ada Bella punya instagram, tu pun dia jarang update. Nak
call aku dah hilang no diorang sebab phone aku kena curik masa kat RNR Gurun
tahun lepas. Aku PM kat facebook masing-masing senyap.
Nasib baik aku masih contact dengan
Teah KL dengan Kem. Bulan september tahun lepas kami jumpa kat Midvalley. Kebetulan
aku cuti semester dan ada urusan sikit kat Shah Alam, maka dapatlah berjumpa. Tapi,
bulan September tahun ni kami plan nak berjumpa lagi kat Midvalley. Tapi sayang
aku ada urusan kat Alor Setar ni. Tak dapat la aku pegi KL.
Oh, lupa nak bagitahu. Teah KL sekarang
sambung degree kat UUM, Sintok, kos akaun. Walau kami dekat, 40 minit je kalau
lalu highway, kami tak penah lagi jumpa kat Kedah ni. Asal aku nak gi Sintok je
mesti dia dah balik KL. Kem pulak sekarang ni kat UTM, Skudai ambik kos
electrical engineering. Dulu dia selalu jeles kat aku dan aku selalu jeles kat
dia. Aku nak sambung engineering tapi terpaksa masuk medic, diploma je pulak
tu. Terpaksa aku tolak tawaran sambung degree kat UPM. Hampeh! Nanti ada masa
aku cerita la kenapa aku tersesat kat Alor Setar ni. Dia pulak jeles kat aku
sebab dia nak sambung medic tapi terpaksa masuk bidang engineering. Tapi dulu
la. Lama-lama kami akhirnya terima hakikat dan follow the flow.
Matrik life is the best!
Darjah 20
Malam tadi aku pergi Masjid Zahir. Tengah nak shooting
suasana malam area situ terjumpa 2 orang budak kecik ni. Yang abang namanya
Arrly skandar yang adik perempuan ni namanya Nur Adriana Iwana. Punya payah
nama diorang. Memandangkan aku ni orang Pahang dan diorang memang pure asal
kedah, diorang punya slang memang aku ambik masa sikit nak paham.
Mula-mula diorang datang dekat dengan aku sebab nak tengok
gambar diorang yang aku shoot. Mak diorang tengok je dari jauh. Lepastu, aku
tau nama diorang ni pun sebab diorang nampak aku tengah menulis dalam buku nota
aku. Diorang datang dekat dan kata,
“ Cuba
kak lukih gambaq oghang.”
Aku bagi pen kat diorang sorang satu.
“Cuba
adik yang lukih.”
Kreatif diorang ni rupanya. Aku syak mak dia ni cikgu
sekolah. Lepas diorang tulis nama diorang tanda wright.
“Kami
darjah sepuluh. Adik kami ni darjah lima, akak darjah berapa?” tanya si Arrly.
Tesengih-sengih aku sorang-sorang di balik kertas yang aku
pegang.
“Akak
darjah 20.”
Adoi. Kalau cerita kat Essu, Izzah dengan Farah mesti
diorang gelak guling-guling nih.
Let shoot the first scene of the day.
Assalamualaikum.
Ni blog baru. Blog lama aku dah padam sebab blog lama tu tak
best. Aku start berblog ni since form 5 dan padam blog tu awal 2013.Pastu lama-lama rasa macam nak menulis semula.
Aku menulis sebab aku nak menulis.
Subscribe to:
Comments (Atom)


