Saya nak awak tau satu je.
Selagi awak sayang saya, saya akan sayang awak.
Saya takkan tinggalkan awak, selagi awak tak tinggalkan saya.
Woman is the reflection of her man. ~Bradd Pit
Sunday, March 23, 2014
Saturday, March 22, 2014
Bulan Mac
Assalamualaikum..
Baru sekarang mampu update. Aku busy ni. Busy.
Busy dengan praktikal, assigment dan busy dengan kehidupan.
3 bulan dalam 2014, 3 bulan umur aku 21 tahun.
Macam-macam aku hadapi.
Macam-macam benda baru aku lalui.
aku buat benda yang dipuji orang.
aku buat benda yang paling bodoh dalam dunia.
aku buat benda yang buat aku jatuh
aku buat benda yang mak ayah aku tak suka
dan aku sedang baiki keadaan.
aku ada mak abah yang sentiasa aku cinta, sentiasa ada untuk aku
aku ada kawan-kawan yang menyokong.
aku ada kekasih hati yang percaya pada taat setia aku
aku ada pengetahuan untuk aku guna tapi sesungguhnya aku tak pernah puas.
aku ada masa dan perlukan masa untuk cari ilmu, untuk aku bersedia galas tanggungjawab yang lebih besar.
bukan untuk aku tapi untuk orang2 yang aku sayang.
Bulan Januari aku belajar tentang erti jangan putus asa. kerja berpasukan untuk orang yang takde kena mengena dengan kita. Kami cuba walau kadang tuan sendiri tak mahu.
Bulan Febuari aku belajar tentang sesuatu diluar jangkauan pakar2 lain. belajar tentang minda manusia. luarnya sihat tapi dalamannya dah musnah. kami bantu untuk dia sekurang2nya mampu bertindak normal dan diterima masyarakat.
Bulan mac. baru dua minggu. aku belajar tentang kanak-kanak. dan remaja perempuan. betapa kami sayang kamu sehingga kami simpan segalanya dalam hati. untuk kamu generasi akan datang.
Lagi dua minggu dalam mac aku akan hadapi perkara yang paling mencabar. Ibu hamil, keluarga dan bayi.
.........................
Abang nazri dah kawin. semua orang expect aku pulak akan menyusul. Am i?

| Sengaja dikaburkan. Gambar sekadar hiasan. |
Abang nazri dah kawin. semua orang expect aku pulak akan menyusul. Am i?
Thursday, January 2, 2014
2 Malam
Aku cuma rindukan tidur yang lena dan mimpi indah.
Letihnya nauzubillah. Sebab dari 29 Dec 2013 sampai 1 Jan 2014 aku menghadapi kesulitan nak adapt suasana baru ni. Nak kena kemas barang untuk perpindahan ke Kangar. Tidur tak cukup. Keadaan bilik lama yang kalah sardin cap ayam. Angkut barang kesana kesini. Rasa macam buruh ladang. Sakit badan weh.
1 Januari 2014
Aku lega bila dah sampai dan segala urusan dah selesai. Aku tinggal fokus pada klinikal aku selama 4 bulan kat bumi Perlis ni.
Ni malam ke 2 aku kat sini. 3 hari bercuti sebelum mula bekerja Isnin nanti. Aku nak rehat secukupnya, pulihkan tenaga dan tingkatkan semula motivasi.
Yang penting fasiliti asrama baru ni better dari yang lama. Cuma peraturan macam ketat sikit. Tapi mak pesan selagi aku boleh ikut, ikut. Jangan bantah. Bila bantah yang buat kita stress tu.
Malam ke-2. Peluk Incik Milo dan tidur lena.
Monday, December 30, 2013
Best 2013
Alor Setar Aman Makmur.
Ni gambar masa aku jalan-jalan di Kuala Kedah. Satu rumah di tengah bendang. Memang cantik pemandangan kat situ. Sekarang motor aku dah kena pos kat Pahang. Jadi, dah tak boleh nak jalan-jalan macam dulu.
Lepas ni aku akan berpindah ke Kangar pulak. Tak tau la life kat sana macam mana.
So, ni entry terakhir untuk 2013.
Apa yang aku belajar dalam 2013:
1. Aku tak suka letak watermark kat gambar yang aku hasilkan.
2. Kawan - kawan penting. Tapi bila kau dah mula hidup baru seperti dah kahwin contohnya, kau akan mula tinggalkan diorang.
3. Aku suka makan aiskrim. Bukan burger.
4. Aku belajar perasaan sayang dan cinta adalah perkara yang berbeza. Dulu aku ingat benda ni sama je.
5. Profesyen aku ni sebenarnya aku dah minat dari dulu. Cuma ego aku tinggi taknak mengaku.
6. Kalau kita setia, dah rosak, dah punah macam mana pun mesti boleh bertahan lagi. Phone aku misalnya. Sim card tak boleh detect, Button sound dah tak function, Skrin dah retak. Tapi aku sayang dia dan still can work.
7. Murah tak semestinya tak berkualiti. Cara kita manfaatkan benda murah tu yang penting.
8. Jangan sombong dengan orang. Jangan berkira dengan orang, nanti orang berkira balik dengan kau.
9. Penipu dan Pengampu. Sifat manusia yang aku benci.
10. Dont expect too much. You will hurt.
Saying goodbye is not a shit. Its a gift for you to find the best of you.
Tuesday, December 24, 2013
Upset
“I'm not upset that you lied to me, I'm upset that from now on I can't believe you.”
Sekali dia menipu, selamanya dia akan menipu.
Mula-mula kenal pun dia dah menipu.
Tapi aku masih percaya pada dia sebab dia percaya pada aku.
Sebab dia ceritakan rahsia dia yang tebesar pada aku.
Hari ni dia ulang lagi.
Aku tau dia menipu.
Aku biarkan dulu.
Cuma nak tunggu pengakuan dia.
Tapi aku rasa macam sia-sia aku tunggu.
Aku rindu dia yang dulu. Dia yang menipu untuk kebaikan kami.
Bukan menipu untuk kebaikan dia sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)