Saturday, September 13, 2014

Beza antara kasih dan kekasih

As i say that day. I will leave when u dont want me.
Kau kata kau sayang aku dan pada masa sama kau sayang dia.
Penipu.
Penipu.
Penipu.

Hanya sebab aku terpaksa berada jauh dengan kau setia tu susah kau nak lakukan.

Kau orang pertama yang lakukan perkara paling aku suka.
Kau orang pertama yang aku cinta sepanjang hidup aku selain keluarga.
Kau orang pertama yang aku kisah lebih dari diri aku sendiri.
Kau orang pertama yang buat aku dilukai macam ni.
Kau orang pertama yang tipu aku seteruk ni.
Kau orang pertama yang aku jumpa yang tak reti menghargai hanya sebab aku jauh semata - mata.

Satu hari kau akan sedar.
Aku doakan kau akan sedar.

Tajuk atas tu saje je sebenarnya. kikiki.
Cinta tak semestinya memiliki.
Bye SMHSAA.

Wednesday, June 18, 2014

To you

saya akan sayang awak sehingga awak kata
 "Saya dah tak boleh sayangkan awak dah".

Atau mungkin bila saya jumpa lelaki yang lebih baik.
Saya manusia. Saya perempuan.
Saya ada hati dan perasaan.
Dan saya ada hak untuk memilih.
Dan saya pilih awak.

To You,
SMHSAA

Thursday, May 8, 2014

Aku Tak Benci

Hidup terlalu singkat untuk bangun pada waktu pagi dengan keadaan penuh penyesalan.
Cintailah orang yang melayan kau dengan sepatutnya.
Maafkan mereka yang tidak melayan kau seperti yang kau nak.
Setiap yang berlaku ada hikmah, ade sebab di sebaliknya.

Aku takkan benci kau.
Sebab kau antara benda terbaik penah muncul dalam hidup aku.
Salam rindu untuk kau.

SMHSAA





Sunday, March 23, 2014

Love me, Love me not

Saya nak awak tau satu je.
Selagi awak sayang saya, saya akan sayang awak.
Saya takkan tinggalkan awak, selagi awak tak tinggalkan saya.

Woman is the reflection of her man. ~Bradd Pit

Saturday, March 22, 2014

Bulan Mac

Assalamualaikum..

Baru sekarang mampu update. Aku busy ni. Busy.
Busy dengan praktikal, assigment dan busy dengan kehidupan.
3 bulan dalam 2014, 3 bulan umur aku 21 tahun.
Macam-macam aku hadapi.
Macam-macam benda baru aku lalui.

aku buat benda yang dipuji orang.
aku buat benda yang paling bodoh dalam dunia.
aku buat benda yang buat aku jatuh
aku buat benda yang mak ayah aku tak suka
dan aku sedang baiki keadaan.

aku ada mak abah yang sentiasa aku cinta, sentiasa ada untuk aku
aku ada kawan-kawan yang menyokong.
aku ada kekasih hati yang percaya pada taat setia aku
aku ada pengetahuan untuk aku guna tapi sesungguhnya aku tak pernah puas.
aku ada masa dan perlukan masa untuk cari ilmu, untuk aku bersedia galas tanggungjawab yang lebih besar.
bukan untuk aku tapi untuk orang2 yang aku sayang.

Bulan Januari aku belajar tentang erti jangan putus asa. kerja berpasukan untuk orang yang takde kena mengena dengan kita. Kami cuba walau kadang tuan sendiri tak mahu.

Bulan Febuari aku belajar tentang sesuatu diluar jangkauan pakar2 lain. belajar tentang minda manusia. luarnya sihat tapi dalamannya dah musnah. kami bantu untuk dia sekurang2nya mampu bertindak normal dan diterima masyarakat.

Bulan mac. baru dua minggu. aku belajar tentang kanak-kanak. dan remaja perempuan. betapa kami sayang kamu sehingga kami simpan segalanya dalam hati. untuk kamu generasi akan datang.

Lagi dua minggu dalam mac aku akan hadapi perkara yang paling mencabar. Ibu hamil, keluarga dan bayi.


.........................

Sengaja dikaburkan. Gambar sekadar hiasan.

Abang nazri dah kawin. semua orang expect aku pulak akan menyusul. Am i?


Thursday, January 2, 2014

2 Malam


Aku cuma rindukan tidur yang lena dan mimpi indah.

Letihnya nauzubillah. Sebab dari 29 Dec 2013 sampai 1 Jan 2014 aku menghadapi kesulitan nak adapt suasana baru ni. Nak kena kemas barang untuk perpindahan ke Kangar. Tidur tak cukup. Keadaan bilik lama yang kalah sardin cap ayam. Angkut barang kesana kesini. Rasa macam buruh ladang. Sakit badan weh.

1 Januari 2014
Aku lega bila dah sampai dan segala urusan dah selesai. Aku tinggal fokus pada klinikal aku selama 4 bulan kat bumi Perlis ni.

Ni malam ke 2 aku kat sini. 3 hari bercuti sebelum mula bekerja Isnin nanti. Aku nak rehat secukupnya, pulihkan tenaga dan tingkatkan semula motivasi.

Yang penting fasiliti asrama baru ni better dari yang lama. Cuma peraturan macam ketat sikit. Tapi mak pesan selagi aku boleh ikut, ikut. Jangan bantah. Bila bantah yang buat kita stress tu.

Malam ke-2. Peluk Incik Milo dan tidur lena.