Thursday, September 26, 2013

Segenggam Tabah.

Petang tadi aku pergi jumpa Nina kat Hospital. Dia SMS aku semalam mintak tolong hantarkan sim card M30 yang dia beli kat Zaki. Nina kata Zaki macam busy sangat je tak boleh nak hantar. Aku pun setuju la sebab dah lama gak tak jumpa Nina. 

Sampai kat HSB atau nama lainnya Hospital Sultanah Bahiyah, aku tunggu Nina kat kafe sebab kami janji nak jumpa kat situ. Aku sampai dalam pukul 5.45 petang. Tengah tunggu tu ada la senior aku tengah minum teh ais dan sorang lagi makan nasi. Lepastu, senior aku yang minum teh ais tu pi tarik kerusi duduk satu meja dengan JP atau jururawat pelatih pit biru. Maka member lagi satu tu makan nasik sendirianlah jadinya. Keadaan seorang diri senior yang makan nasik tu tak seperti lamanya aku bersendiri tunggu Nina. Mana la dia ni tak turun-turun lagi. Tabahkan aku Ya Allah.

10 minit.. 20 minit.. 30 minit... Tak sampai lagi budak ni. Dia memang dari zaman sekolah dulu memang suka buat aku tertungu- tunggu. Senior aku makin ramai yang join meja depan tu. Segan pulak rasa. Minit ke 35 baru Nina datang bersama sorang kawan dia. Nina dah pit merah. Terjeling-jeling senior aku tengok kitorang. 

Lepas selesai urusan, aku terfikir. Ni kena mintak komisen kat Zaki sebab jadi despatch ni. Firstime aku mintak komisen. Sebelum ni aku terpaksa ikut cakap dia sebab dia ketua kelab. Dari kutip duit kelab sampai la jadi tukang buat pengumuman dalam kelas.

Masa pegi dan balik tadi banyak kali terserempak kereta dan motor polis. Kebanyakannya menuju ke Istana. Hari ni mantan menteri besar Kedah, Ustaz Azizan kembali bertemu Yang Maha Pencipta. Tuanku pergi melawat arwah. mungkin sebab tu kot banyak abam-abam polis tu kat jalanraya.

Apa-apapun Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Azizan. Aku pernah jumpa beliau sekali jer. Jumpa kat Giant. Seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan mudah didekati. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan ni. Al- Fatihah.

Ramai yang sembahyangkan jenazah beliau tadi.

Sunday, September 22, 2013

Proton Saga FLX

Kereta pertama yang aku pandu lepas dapat lesen kereta ialah Proton Saga FLX. Kak Lin, kakak ipar aku punya. Haritu aku posting kat Hospital Tampin, 2 minggu. Kebetulan minggu first aku posting, adik Kak Lin nak kawin. Maka, Kak Lin dan abang aku, Abang Elol, kena la balik kampung awal. Alah, bukan jauh pun, Air Kuning je. Dengan itu, Kak Lin bagi la pinjam kereta dia untuk memudahkan aku ulang alik pergi kerja. 3 hari aku pegi kerja drive kereta saorang diri. Rasa macam dah bekerjaya la pulak padahal student lagi.

Lepas tu, nak dijadikan cerita, kakak aku, Aisyah baru sahaja bersalin. Dia ada kat Hospital Muadzam Shah. Mak dengan abah aku pulak masa tu balik kampung kat Sekinchan sebab nak pegi hantar rombongan bertunang abang aku lagi sorang, Abang Nazri. Hujung minggu tu aku plan nak balik kampung, tapi confirm la abang Elol tak bagi. Jauh la Sekinchan tu.

Maka aku pun ambik keputusan untuk balik ke Keratong. Dekat 3 bulan gak la aku tak balik Keratong. Kemudian, aku plan nak ajak angah jam (adik mak aku merangkap mak sedara aku) nak pergi Muadzam nak tengok kak Aisyah sebelum dia discharge dan sebelum dia nak balik rumah mentua di Felda Chini. Dan bermulah perjalanan aku buat pertama kalinya drive kereta sorang-sorang sejauh itu. Dari Tampin hingga ke Keratong. Keratong ke Muadzam. Steady jer. Best gak drive Proton Saga ni.

Lepas tu aku mendapat kepercayaan abang Elol, bila dia bagi pinjam kereta dia untuk pergi kenduri kawin Nadia, roommate aku kat Melaka. Maka malam minggu terakhir kat Tampin tu aku dengan Wani, classmate dan teammate yang sama-sama posting kat Tampin ni bergerak ke Melaka.

Nak gi Melaka Sentral dari Tampin je tapi kitorang sesat sampai UITM Lendu. Wani yang aku suruh baca GPS sibuk berwassap. Tapi aku nampak la dia bersungguh nak baca GPS tu. Rupanya dia tak reti baca. Adoi wani ni. (Aku drebar, aku ikut je jalan yang aku lalu nih). Hehe... Peace Wani. Dari Melaka Sentral kami konvoi dengan classmate yang lain. Tapi ada satu perkara yang memalukan dah  berlaku malam tu. Haish, hanya kami yang tau. Sejak dari tu, kalau Kak Lin balik keratong, aku akan jadi drebar dia untuk shopping sebab dia tak pandai bawak kereta suami dia. Tapi Abang Elol dah tukar kereta baru. Memang tak la dia nak bagi pinjam kereta baru dia tu.


Penah sekali aku bawak abah pegi bank. Abah jeling aku dari seat sebelah. Ala abah, 110km/h je ni.

Ku Genggam Bara Menjadi Arang

Dulu masa belajar kat Kolej Matrikulasi Selangor aku ada 4 orang kawan baik. Teah Johor, Teah KL, Bella dan Kem. Lepas matrik aku dah tak berhubung dengan Teah JB dan Bella. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab ada isu yang berbangkit yang tak setel masa last sem kat matrik. Maaflah, aku ni memang sedikit paranoid. Yang aku tau Bella sekarang sambung degree kat Unimas, Teah JB sambung degree kat UTM, Skudai. Kat FB memang dah takde nampak batang hidung diorang. Aku just ada Bella punya instagram, tu pun dia jarang update. Nak call aku dah hilang no diorang sebab phone aku kena curik masa kat RNR Gurun tahun lepas. Aku PM kat facebook masing-masing senyap.

Nasib baik aku masih contact dengan Teah KL dengan Kem. Bulan september tahun lepas kami jumpa kat Midvalley. Kebetulan aku cuti semester dan ada urusan sikit kat Shah Alam, maka dapatlah berjumpa. Tapi, bulan September tahun ni kami plan nak berjumpa lagi kat Midvalley. Tapi sayang aku ada urusan kat Alor Setar ni. Tak dapat la aku pegi KL.

 Oh, lupa nak bagitahu. Teah KL sekarang sambung degree kat UUM, Sintok, kos akaun. Walau kami dekat, 40 minit je kalau lalu highway, kami tak penah lagi jumpa kat Kedah ni. Asal aku nak gi Sintok je mesti dia dah balik KL. Kem pulak sekarang ni kat UTM, Skudai ambik kos electrical engineering. Dulu dia selalu jeles kat aku dan aku selalu jeles kat dia. Aku nak sambung engineering tapi terpaksa masuk medic, diploma je pulak tu. Terpaksa aku tolak tawaran sambung degree kat UPM. Hampeh! Nanti ada masa aku cerita la kenapa aku tersesat kat Alor Setar ni. Dia pulak jeles kat aku sebab dia nak sambung medic tapi terpaksa masuk bidang engineering. Tapi dulu la. Lama-lama kami akhirnya terima hakikat dan follow the flow.


Matrik life is the best! 

Darjah 20

Malam tadi aku pergi Masjid Zahir. Tengah nak shooting suasana malam area situ terjumpa 2 orang budak kecik ni. Yang abang namanya Arrly skandar yang adik perempuan ni namanya Nur Adriana Iwana. Punya payah nama diorang. Memandangkan aku ni orang Pahang dan diorang memang pure asal kedah, diorang punya slang memang aku ambik masa sikit nak paham.

Mula-mula diorang datang dekat dengan aku sebab nak tengok gambar diorang yang aku shoot. Mak diorang tengok je dari jauh. Lepastu, aku tau nama diorang ni pun sebab diorang nampak aku tengah menulis dalam buku nota aku. Diorang datang dekat dan kata,
                “ Cuba kak lukih gambaq oghang.”
Aku bagi pen kat diorang sorang satu.
                “Cuba adik yang lukih.”
Kreatif diorang ni rupanya. Aku syak mak dia ni cikgu sekolah. Lepas diorang tulis nama diorang tanda wright.
                “Kami darjah sepuluh. Adik kami ni darjah lima, akak darjah berapa?” tanya si Arrly.
Tesengih-sengih aku sorang-sorang di balik kertas yang aku pegang.
                “Akak darjah 20.”

Adoi. Kalau cerita kat Essu, Izzah dengan Farah mesti diorang gelak guling-guling nih.

Let shoot the first scene of the day.

Assalamualaikum.

Ni blog baru. Blog lama aku dah padam sebab blog lama tu tak best. Aku start berblog ni since form 5 dan padam blog tu awal 2013.Pastu lama-lama rasa macam nak menulis semula.


Aku menulis sebab aku nak menulis.